Thursday, 26 November 2009

Tadok tajuk

Satu firasat

Misteri.
Gerangan apakah yang bisa membukakan pandanganku.
Menerjah awan, kembara gemersik lembayung biru.
Penerokaan itu adalah milik aku dan dia.
Wajar, terpampang terlukis didada langit.
Secebis cita-cita dan harapan si anak muda.

Andai esok bisa menjanjikan seribu harapan.
Merembes rindu di sebalik samar kenangan.
Akan ku teroka segenap kayangan.
Mengembara seantero dunia.
Membawa sejuta harapan dan impian.

Oh.
Misteri lagi.
Dia menjelma lagi dalam mimpi di luar sedarku.
Aku terbangun.
Berfikir sejenak.
Antara aku dan dia.
Ada perantaraankah?

Sesungguhnya.
Mimpiku bukan palsu.
Anganku bukan bisu.
Dan harapanku tidak mati, malah sendu.
Dia dan aku punya satu impian.
Mengejar segudang prestasi.
Yang pasti bukan di lembah fana ini.

MImpiku bukan meleset.
Firasatku jarang benar menipu.
Ku lihat ku tatap diriku depan cermin.
Aku lihat dia.
Dan dia juga sedang melihat aku.
Kerna aku adalah dia.
Dan dia adalah aku.



p/s: Utk mengetahui maksud tersirat di sebalik sajak ini, sila tinggalkan komen. Sekian. trimas=).

2 comments:

NDMK said...

Wah benar-benar tersirat ni. mende maksud dia? bagi ah lesson utk literature review sket boh.huhu

lashykar pelangi said...

kisah dua org kembar yg berlainan perwatakan, tapi masing2 sarat ngan ilmu duniawi n ukhrawi. Keduanya tampil ngan seribu janji dan impian utk memanfaatkannya kearah fisabilillah, sekaligus membawa perubahan di alam fana ini. Malangnya, si kembar yg satu lagi kurang keyakinan, selalu mimpikan kegagalan utk mencapai matlamat tersebut. selalu mimpikan pelbagai halangan dan kesukaran hingga hampir mengorbankan salah seorang di antara mereka. Lantas dia rebah dan lemah dgn hasutan sedemikian. sebab dia yakin mimpinya adalah benar dan tidak pernah menipu.

Tapi, lama kelamaan perasaan negatif tersebut kian pudar di sanubari dek melihat kecekalan dan kekuatan semangat yg lebih tgi oleh si kembarnya. Dia kemudian berazam, walau matlamatnya penuh liku, walau penuh dgn pancaroba, n walau terkorban salah seorg dr mereka nnti, dia akan pasrah. Sebab dia dan kembarnya adalah "satu", matinya salah seorg, tidak bermakna mati keduanya...

gitulah serba sedikit tafsiran sajak ini boh.enjoy..=)