Aku bukan seringgit,
Aku bukan seratus,
Aku bukan seratus ribu,
Aku pun bukan sejuta,
Kerana aku adalah aku,
Bukan seratus dan bukan pula sejuta,
Kerana aku adalah aku.
Aku tak seperti puteri kayangan,
Jauh sekali bidadari syurga,
Kerana aku adalah aku,
Manusia biasa yang banyak khilafnya,
Kerna ku tahu,
Aku adalah aku.
Aku adalah aku
Aku pengembara mencari cinta,
Cinta yang tulus tanpa ukuran nilai harta,
Sebab diriku bukan untuk dikira-kira,
Dan aku tahu cinta padaNya lebih bermakna segala.
Aku,
Bangga menjadi diriku,
Diriku adalah aku,
Tiada rupa, tiada kasta,juga nggak punya harta,
Modal yang ku tahu aku mesti teroka,
gudang ilmu dan amal.
Tapi ku tanya diriku sendiri,
Mampukah aku,
Biar masa aja menentukan deh,
Oh nggak akan pernah sekali,
kecuali aku mencuba dan terus mencuba,
Bak kata guruku,itu sahaja modalmu anakku.
Aku renung bintang di langit,
Bintang itu berbicara,
Sinis,
Mampukah kau menggapai langit,
Jauh sekali untuk menggapai aku hai orang muda.
Aku terkesima,
Aku tahu aku siapa,
Aku cuma insan kerdil yang akan terus berada di muka dunia,
Kerna aku tahu aku adalah aku,
Dan aku akan terus menjadi aku.
Saturday, 21 November 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam duapuluhduaribu!
sedihnya entri ini.seperti dapat menyelami.AKU adalah AKU.moga Allah merahmati kita semua.
Memohon yang amat pada si Dia Yang Maha Mengetahui Segala Isi Hati Manusia...
z,all d best 4 everythg.
Post a Comment